Ibnu Batuta
Ahli Geografi yang Menjadi Legenda
dan Terkenal sebagai “The King Of King”
Seorang pengembara, apatah lagi
pengembara Islam, bukanlah pengembara sejati jika tidak mengenali nama Ibnu
Battuta, iaitu raja segala raja pengembara. Pengembara legenda yang juga
ilmuwan geografi dan sejarah ini bersinar namanya ke seluruh pelosok bumi
disebabkan laporan-laporan mengenai pengembaraan ilmunya ke seluruh negara.