Rabu, 1 Oktober 2014

Ikatan selain Sahabat antara Rasulullah dengan 4 khulafa Ar-Rosyidun

4 khulafa Ar-Rosyidun mempunyai ikatan dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Selain sahabat Nabi Muhammad s.a.w. apakah ikatan lain..

Nabi Muhammad mempunyai ikatan dengan Saidina Abu Bakar melalui anak Abu Bakar As-Siddiq iaitu Siti Aisyah R.Anha . Baginda adalah menantu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq


Ikatan dengan khalifah Umar Al-Khattab ialah baginda Rasulullah adalah menantu dengan memperisterikan anak Umar Al-Khattab yang bernama Hafsah R.Anha.

Manakala Khalifah Uthman Bin Affan adalah menantu Rasulullah s.a.w.
Beliau mendapat jolokan istimewa iaitu "Dzu'n Nurain" (Empunya Dwi Cahaya) sempena perkahwinannya dengan dua orang puteri Rasulullah s.a.w. Beliau menikahi puteri Rasulullah s.a.w. yang kedua iaitu Umm Kalthum, sesudah wafatnya puteri Baginda Rasulullah s.a.w. yang pertama, Ruqaiah akibat penderitaan yang dialaminya.


Seterusnya Khalifah Ali Bin Abi Talib adalah menantu Nabi Muhammad s.a.w melalui anak Nabi iaitu Siti Fatimah R.Anha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan